No open-access location is known for this record yet.
No open-access location is known for this record yet.
ABSTRAK Artikel ini membincangkan perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian eksploratori menggunakan data sekunder berasaskan keputusan peperiksaan awam bagi tempoh lima tahun (1996-2000). Selain itu soal selidik digunakan keatas sampel 3,000 orang pelajar sekolah menengah dan 1,118 orang guru. Tujuan soal selidik pelajar adalah untuk meninjau gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan perasaan mereka terhadap guru dan sekolah; manakala soal selidik guru meninjau persepsi mereka terhadap gaya belajar pelajar lelaki dan perempuan, dan interpretasi serta implementasi kurikulum. Keputusan peperiksaan awam (UPSR, PMR dan SPM) pada tahun 1996-2000 menunjukkan pelajar perempuan memperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran. Perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan diteliti dari segi faktor-faktor yang dijangkakan mempengaruhi perbezaan tersebut. Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baik dalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta dan peraturan yang jelas manakala pelajar lelaki lebih cenderung kepada tugasan berbentuk terbuka yang berkaitan dengan situasi yang realistik dan praktikal. Pelajar perempuan juga didapati mempunyai ciri-ciri positif yang menyumbang kepada pencapaian prestasi akademik yang lebih baik berbanding pelajar lelaki. Analisis tentang pendekatan dari segi pedagogi dan sosio-budaya yang sesuai untuk kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan juga dibincangkan.
Loading…
Stored only when both papers are in the corpus — 21 citations exist upstream.
Papers that cite the same references — the relational fallback while embeddings are still backfilling.
Imported from OpenAlex (CC0) — nothing here is generated.