No open-access location is known for this record yet.
No open-access location is known for this record yet.
Kajian ini menyelidik tentang sikap bahasa komuniti atas talian yang berbangsa Cina di Kuching, Sarawak. Variasi-variasi yang dikaji ialah bahasa Mandarin Standard, bahasa Mandarin basahan, dialek Hokkien, dan dialek Kantonis. Instrumen pengumpulan data terdiri daripada ujian matched-guise (kaedah tidak langsung) dan soal selidik (kaedah langsung). Sejumlah 403 responden mengambil bahagian dalam survei kajian ini. Dapatan berdasarkan ujian matched-guise dengan sokongan daripada maklum balas responden dalam soal selidik mencadangkan faktor-faktor sosial iaitu kumpulan umur dan taraf sosioekonomi mempunyai pengaruh ke atas penilaian variasi-variasi. Secara keseluruhannya, bahasa Mandarin Standard dan dialek Kantonis dinilai ‘tinggi’ dan ‘positif’ secara konsisten dari kedua-dua dimensi status dan kekitaan, sementara dialek Hokkien dan bahasa Mandarin basahan pula dilaporkan sebagai lebih menyerlah dari dimensi kekitaan berbanding status.
Loading…
Stored only when both papers are in the corpus — 4 citations exist upstream.
Papers that cite the same references — the relational fallback while embeddings are still backfilling.
Imported from OpenAlex (CC0) — nothing here is generated.