No open-access location is known for this record yet.
No open-access location is known for this record yet.
Amalan menganugerahkan pangkat ketua agama kini menjadi semakin meluas di kalangan kaum Yoruba yang menjadi penduduk bahagian Barat Daya Nigeria. Akibatnya, masjid, organisasi orang Islam, dan individu berpengaruh terlibat dengan aktif dalam amalan ini. Pangkat sedemikian bertujuan menghargai sumbangan penerimanya di kalangan orang Islam; pangkat juga bertujuan menggalakkan penerima untuk memberi lebih banyak sumbangan memandangkan kedudukan tinggi mereka di kalangan orang Islam; bahawa pangkat juga merupakan satu cara untuk mengekalkan penerima dalam agam Islam kerana anugerah itu mewujudkan perasaan kekitaan. Bagaimanapun, kriteria pemilihan tidak dihuraikan dengan jelas bagi memperoleh anugerah itu dan tanggungjawabnya tidak dikenal pasti bagi penerimanya. Pada zahirnya ia merupakan satu sistem yang bercelaru kerana tidak ada piawai tertentu hinggakan sesiapa saja boleh dianugerahkan pangkat ketua agama Islam di kalangan penduduk Barat Daya Nigeria. Kertas ini menggunakan falsafah analitik dalam menghuraikan sari pangkat-pangkat itu dan membezakannya antara ideal dengan realiti. Sumbangan khusus kertas ini ialah ia mengenal pasti kualiti yang ideal, keperluan, peranan dan juga status seorang ketua orang Islam dalam konteks Nigeria, dan sumbangan terbesar kertas ialah dalam analisisnya mengenai kedudukan ketua orang Islam dalam menghadapi cabaran permodenan dan mengkonsepsi dan mengkonstruksi pangkat untuk tujuan pentadbiran orang Islam.
Loading…
Stored only when both papers are in the corpus — 0 citations exist upstream.
Papers that cite the same references — the relational fallback while embeddings are still backfilling.
Imported from OpenAlex (CC0) — nothing here is generated.