No open-access location is known for this record yet.
No open-access location is known for this record yet.
Artikel ini memfokuskan kajian terhadap gendang gangsa iaitu sejenis artifak \npeninggalan masyarakat Zaman Logam di Asia Tenggara. Keunikan artifak \nini terserlah pada motif dan pola hiasan yang dipaparkan sama ada pada \ntimpanum mahupun bahagian badan objek berkenaan. Objektif kajian ini \nadalah untuk melihat sejauhmana penggunaan motif yang mempunyai elemen \ngeometri dipaparkan pada gendang gangsa. Di samping itu, kajian ini akan \nmeneliti sejauhmana kekerapan penggunaan motif berkenaan dan juga \nmaksud yang tersirat di sebalik penggunaan motif tersebut. Kajian ini \nmenggunakan pendekatan tipologi dan perbandingan iaitu dengan membuat \nanalisis terhadap kesemua motif dan simbol yang berunsur geometri yang \ndipaparkan pada gendang gangsa. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai \njenis motif yang berunsur geometri telah diaplikasikan sebagai pola hiasan \ngendang gangsa. Di antaranya ialah motif bintang, motif segi tiga, motif \ngergaji, motif bulatan bertangen, motif bulatan bertitik, motif spiral, motif \nabjad dan sebagainya. Motif tersebut bukan sahaja dipaparkan pada \ntimpanum gendang sahaja, namun ia juga turut dipaparkan pada bahagian \nbadan gendang. Berdasarkan pemerhatian, terdapat juga motif yang sama \ndiulang penggunaan sehingga menampakkan keunikan objek ini. Kombinasi \nbeberapa jenis motif berunsur geometri pada gendang gangsa juga bukan \nhanya membentuk identiti sesebuah gendang gangsa berkenaan, tetapi ia \njuga menunjukkan inovasi dan kreativiti masyarakat Zaman Logam yang \nsemakin maju berbanding dengan masyarakat wujud sebelumnya sama ada \nmasyarakat Zaman Paleolitik ataupun Neolitik.
Loading…
Imported from OpenAlex (CC0) — nothing here is generated.