No open-access location is known for this record yet.
No open-access location is known for this record yet.
Hari ini, sepatutnya kepuasan para pekerja adalah merupakan matlamat utama sumber manusia ketika organisasi bergerak untuk mencapaiobjektif mereka. Pengguna atau pelanggan luar kebiasaannya adalah dianggap sangat mustahak dalam memastikan kelangsungan organisasi. Walau bagaimamana pun pada masa yang sama para pekerja juga adalah pelanggan yang penting kepada organisasi dan perlu diurus secara bijak. Jika para pekerja tidak berpuas hati dengan sistem pengurusan ianya akan memberi pelbagai kesan negatif seperti tekanan perasaan, malas, tidak hadir berkerja, penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan lain-lain. Oleh yang demikian, artikel ini akan menyentuh pandangan cerdik pandai semasa tentang hubungan dan kesan sistem pengurusan kualiti menurut perspektif Islam sebagai alternatif model ketika berhadapan relaliti dan cabaran mendatang. Sistem pengurusanIslam yang secara semulajadinya lebih holistik perlu meletakkan prinsip asas sebagai panduan sempurna demi untuk memperbaiki sistempengurusan kualiti yang wujud di Barat dan Timur. Prinsip asas ini seperti nilai Insaniyyah, ciri-ciri Ihsan berasaskan nilai Tauhid,pengurusan berasaskan syura, budaya Istiqamah (komited) dalam setiap tindakan. Kesemua prinsip ini jika tertanam dalam setiap praktispengurusan tentunya akan mencetuskan kepuasan bekerja malah juga berhasil mencapai kejayaan hakiki(Al-Falah)dan diredai Allah (s.w.t).
Loading…
Stored only when both papers are in the corpus — 16 citations exist upstream.
Imported from OpenAlex (CC0) — nothing here is generated.