No open-access location is known for this record yet.
No open-access location is known for this record yet.
Kajian ini bertujuan meninjau sejauh mana penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji perbandingan pencapaian akademik dikalangan pelajar atlit dengan pelajar bukan atlit disamping mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi akademik di Sekolah Kebangsaan Telok Mas, Melaka. Kajian ini telah memberi gambaran tentang penglibatan pelajar di dalam aktiviti sukan dan kesannya terhadap pencapaian akademik. Responden kajian ini terdiri daripada 40 orang pelajar. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama terdiri daripada 20 pelajar atlit dan kumpulan kedua pula terdiri daripada 20 kumpulan pelajar bukan atlit yang merupakan pelajar Tahun 6 lelaki dan perempuan sekolah kebangsaan Telok Mas, Melaka. Data untuk kajian ini telah diperolehi melalui penggunaan borang soal selidik. Item-item soal selidik dan juga item yang berkaitan dengan keputusan peperiksaan percubaan UPSR 2006 dianalisis dengan menggunakan kaedah peratus. Keputusan yang dihasilkan menerusi kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian akademik diantara pelajar atlit dan pelajar bukan atlit. Cadangan-cadangan hasil dapatan kajian ialah dilihat dari sudut pembahagian jadual waktu belajar dan bersukan, komitmen ibu bapa, perancangan pihak sekolah, aktiviti sukan yang berterusan dan kegiatan sukan yang sewajarnya di galakkan kepada semua pelajar. Semoga hasil kajian ini akan dapat membantu para pengkaji yang lain di masa akan datang.
Loading…
Imported from OpenAlex (CC0) — nothing here is generated.