Kajian ini bertujuan untuk meninjau kecenderungan keusahawanan pelajar sekolah menengah di negeri Terengganu yang mengikuti Program Tunas Niaga. Kajian ini dijalankan secara pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 379 orang pelajar menjadi ahli Program Tunas Niaga di 41 buah sekolah menengah yang dipilih secara rawak mudah untuk menjawab borang soal selidik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar Program Tunas Niaga mempunyai kecenderungan menceburi bidang keusahawanan pada tahap tinggi. Faktor-faktor peramal seperti kewangan, model peranan, personaliti, halangan, pengenalan sosial, norma sosial, pengetahuan keusahawanan dan kemahiran keusahawanan mempunyai kaitan kecenderungan menceburi bidang keusahawanan. Penemuan kajian ini memberi peluang kepada pihak berwajib meningkatkan usaha dan mengubah pendekatan untuk membawa perubahan kepada generasi muda supaya lebih cenderung menceburi bidang keusahawanan dan membentuk masyarakat perdagangan dan perniagaan Bumiputera Melayu.
Nawang, W. M. Z. W., Sa’at, N. H., Ahmad, S., and Mamat, I. (2016). Kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Terengganu.
Imported from OpenAlex (CC0) — nothing here is generated.