No open-access location is known for this record yet.
No open-access location is known for this record yet.
Dalam wacana interaksi politik, penggunaan kata ganti nama dalam ujaran secara tidak langsung dapat mencerminkan identiti pewacana yang terlibat, khususnya ahli parlimen kerajaan dan pembangkang. Selain berfungsi sebagai perujukan, pemanfaatan kata ganti nama diri (KGND) dapat menggambarkan bentuk hubungan sosial antara pewacana dan khalayaknya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti bentuk KGND pertama yang dimanfaatkan oleh pewacana kerajaan dan pembangkang serta menjelaskan identiti yang diserlahkan menerusi penggunaan KGND berpaksikan pendekatan analisis wacana kritis. Teks perbahasan Belanjawan 2019 dijadikan data kajian. Tinjauan awal mendapati kedua-dua pewacana mendominasi penggunaan KGND pertama tunggal “saya” berbanding KGND pertama jamak. Bagi KGND jamak, pembangkang mendominasi “kita” inklusif, sebaliknya kerajaan mendominasi “kita” eksklusif. Secara persamaan, kedua-dua pewacana dilihat cuba “menonjolkan diri” secara sendirian, berpendirian, mempunyai sentuhan peribadi, dan juga cuba merapatkan diri dengan khalayak sasarannya. Secara perbandingan, pembangkang menyerlahkan sifat kekitaan dan kebersamaan dengan khalayak wacananya, manakala kerajaan lebih menyerlahkan sifat kepartian yang cuba mengukuhkan kedudukan parti selaku “pemerintah baharu” di Parlimen Malaysia Baharu.
Loading…
Stored only when both papers are in the corpus — 1 citations exist upstream.
Imported from OpenAlex (CC0) — nothing here is generated.