No open-access location is known for this record yet.
No open-access location is known for this record yet.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan penggunaan perkataan dialek Melayu dalam novel Seorang Tua di Kaki Gunung karya Azizi Haji Abdullah. Jenis perkataan dialek yang terkandung dalam teks sumber ditentukan berpandukan definisi dialek secara umum oleh Collins (1989) dan klasifikasi khusus perkataan dialek oleh Asmah (2008), Mohammed Azlan dan Idris (2014) dan Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Kajian ini mendapati bahawa terdapat sebanyak 68 perkataan dialek Melayu dalam teks sumber, iaitu 53 perkataan dialek geografi (perkataan dialek Kedah atau Utara, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan) dan 15 perkataan dialek sosial (perkataan arkaik, bahasa percakapan dan sastera lama). Penggunaan dialek Kedah atau Utara yang ketara di samping beberapa dialek sosial dilihat amat berkait rapat dengan konteks latar masa, tempat dan masyarakat dalam novel dan latar belakang pengarang sendiri.
Loading…
Stored only when both papers are in the corpus — 2 citations exist upstream.
Papers that cite the same references — the relational fallback while embeddings are still backfilling.
Imported from OpenAlex (CC0) — nothing here is generated.