No open-access location is known for this record yet.
No open-access location is known for this record yet.
Kajian ini dilakukan untuk menganalisis dan menilai pengaruh pemboleh ubah etnik dan persekitaran sekolah terhadap tahap penguasaan bahasa Melayu para pelajar Melayu dan Cina. Data kajian diperolehi melalui pentadbiran borang soal selidik kepada para pemaklum kajian. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A mengumpul data demografi para pemaklum. Bahagian B menguji tahap penguasaan pengetahuan nahu para pelajar, dan bahagian C menguji tahap penguasaan kecekapan berbahasa Melyu. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan tahap penguasaan pengetahuan bahasa Melayu di antara pelajar Melayu dengan pelajar Cina. Dapatan kajian juga menunjukkan persekitaran sekolah hanya mempengaruhi para pelajar Melayu dengan ertikata prestasi bahasa Melayu mereka menurun apabila di tempatkan di dalam bilik darjah yang ramai pelajar Cina meskipun bahasa Melayu adalah bahasa ibunda mereka. Kajian ini membayangkan bahawa pemboleh ubah etnik dan persekitaran sekolah boleh memberikan impaks yang signifikan terhadap proses perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa Melayu di Malaysia.
Loading…
Stored only when both papers are in the corpus — 5 citations exist upstream.
Papers that cite the same references — the relational fallback while embeddings are still backfilling.
Imported from OpenAlex (CC0) — nothing here is generated.