No open-access location is known for this record yet.
No open-access location is known for this record yet.
bahasa Semai merupakan bahasa natif bagi murid-murid Orang Asli di Kampung Terisu Cameron Highland, Pahang, Malaysia. Sebaliknya, Bahasa Melayu (BM) menjadi bahasa kedua yang lebih ketara penggunaannya di dalam bilik darjah. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah-masalah utama yang dihadapi dalam literasi BM dan punca-punca mengapa masalah itu berlaku. Sampel kajian terdiri daripada 33 orang murid Orang Asli Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Terisu dan dua guru Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah kualitatif kajian kes melalui temu bual sebagai metod kajian. Berdasarkan temu bual didapati bahawa antara masalah utama yang dihadapi dalam literasi BM berkait rapat dengan isu budaya. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi input kepada penggubal kurikulum, pentadbir pendidikan dan guru-guru.
Loading…
Imported from OpenAlex (CC0) — nothing here is generated.