No open-access location is known for this record yet.
No open-access location is known for this record yet.
Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai pelaksanaan pembangunan wakaf korporat yang diperkenalkan oleh Johor Corporation Berhad (JCorp) menerusi anak syarikatnya iaitu Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp). Wakaf ini merupakan salah satu daripada bentuk wakaf kontemporari yang dipercayai pertama dilakukan oleh sebuah syarikat korporat di negara ini dan juga di dunia. Tujuan utama penulisan ini adalah untuk mengupas pelaksanaan wakaf korporat dari perspektif Islam di samping meninjau sejauhmana pelaksanaan pembangunan wakaf tersebut dapat memenuhi matlamat amalan wakaf dalam Islam. Bagi memenuhi matlamat ini, penulis telah melakukan kajian melalui kaedah pengumpulan data dan penganalisaan data. Hasil kajian mendapati wakaf korporat yang diperkenalkan oleh JCorp merupakan adaptasi daripada wakaf saham yang terdapat di dalam Islam. Berasaskan laporan tahunan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut ternyata pelaksanaan pembangunannya telah memberi manfaat yang besar kepada seluruh masyarakat. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan dikemukakan bagi tujuan menambahbaikkan dalam pelaksanaan pembangunan wakaf tersebut.
Loading…
Stored only when both papers are in the corpus — 23 citations exist upstream.
Imported from OpenAlex (CC0) — nothing here is generated.