No open-access location is known for this record yet.
No open-access location is known for this record yet.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam terhadap peruntukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 800 responden yang dipilih dari empat buah IPTA. Data kajian diperolehi melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program SPSS. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, statistik jadual silang (crosstabulation) dan correlation coefficient digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan menilai tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar terhadap peruntukan bahasa Melayu dalam perlembagaan. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar terhadap peruntukan bahasa Melayu dalam perlembagaan adalah tinggi secara keseluruhan. Begitu juga, tidak terdapat perbezaan yang ketara tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar mengikut demografi. Namun,dari segi tahap penerimaan terdapat perbezaan yang agak ketara mengikut etnik, agama dan aliran pendidikan. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi menangani isu berkaitan dengan peruntukan bahasa Melayu. Seterusnya, kajian ini turut menyumbang kepada bidang ilmu kerana metodologinya berbentuk kuantitatif berbeza dengan kebanyakan kajian sebelum ini yang dilakukan secara kualitatif serta menghasilkan satu instrumen soal selidik untuk kajian selanjutnya.
Loading…
Stored only when both papers are in the corpus — 6 citations exist upstream.
Papers that cite the same references — the relational fallback while embeddings are still backfilling.
Imported from OpenAlex (CC0) — nothing here is generated.