No open-access location is known for this record yet.
No open-access location is known for this record yet.
Kajian ini telah dijalankan di kalangan guru penolong kanan pentadbiran di semua sekolah menengah daerah Johor Bahru yang bertujuan untuk melihat sejauh mana kesediaan guru penolong kanan pentadbiran di sekolah menengah daerah Johor Bahru menghadapi perubahan dalam bidang pendidikan. Kajian ini juga mengenalpasti hubungan antara self-esteem, optimism dan perceived control dengan menghadapi perubahan organisasi. Kajian rintis yang dijalankan menunjukkan nilai Alpha Cronbach bagi setiap pembolehubah adalah 0.727 (menghadapi perubahan organisasi), 0.824 (self-esteem), 0.702 (optimism) dan 0.616 (perceived control). Daripada 44 borang soal selidik yang diedarkan, analisa data telah dibuat menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap menghadapi perubahan organisasi responden, tahap pencapaian self-esteem, tahap pencapaian optimism dan tahap pencapaian perceived control adalah pada tahap yang tinggi dengan purata penskoran masing-masing 3.640 untuk menghadapi perubahan organisasi, 4.186 untuk tahap pencapaian self-esteem, 3.818 untuk tahap pencapaian optimism dan 3.799 untuk tahap pencapaian perceived control. Bagi menguji hipotesis kajian, korelasi Pearson yang digunakan menunjukkan self-esteem dan perceived control mempunyai hubungkait yang signifikan dengan menghadapi perubahan organisasi dengan self-esteem mempunyai pekali korelasi yang paling tinggi iaitu r=0.713 manakala pekali korelasi bagi perceived control adalah r=0.432. Oleh itu hipotesis pertama dan ketiga ditolak. Hasil kajian juga menunjukkan optimism tidak mempunyai hubungkait yang signifikan dengan menghadapi perubahan organisasi dan dengan itu hipotesis kedua diterima.
Loading…
Imported from OpenAlex (CC0) — nothing here is generated.