No open-access location is known for this record yet.
No open-access location is known for this record yet.
Cabaran kakitangan awam bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti sentiasa diberi keutamaan. Permintaan untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti oleh masyarakat awam belum benar-benar tercapai. Ini disebabkan tahap prestasi kerja kakitangan awam masih rendah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap prestasi pekerja kakitangan awam. Faktor kompetensi, integriti, disiplin kerja, motivasi kerja, ganjaran dan reka bentuk kerja menjadi elemenelemen dalam mengukur peningkatan prestasi pekerja. Seramai 2320 kakitangan awam menjadi populasi dalam kajian ini. Kaedah pensampelan rawak berkadar digunakan agar populasi boleh diwakili dengan kadar yang sama. Kaedah analisis Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM) digunakan bagi menganalisis dapatan. Hasil analisis statistik inferensi menunjukkan bahawa kompetensi, motivasi kerja dan reka bentuk kerja telah mempengaruhi secara signifikan prestasi pekerja. Tambahan pula, kearifan tempatan didapati menjadi moderator yang signifikan terhadap prestasi pekerja. Bagaimanapun integriti, disiplin kerja dan ganjaran adalah tidak signifikan ter hadap prestasi pekerja. Kata kunci:Kompetensi; integriti; disiplin kerja; motivasi kerja; ganjaran; reka bentuk kerja; kearifan tempatan; prestasi pekerja
Loading…
Stored only when both papers are in the corpus — 0 citations exist upstream.
Papers that cite the same references — the relational fallback while embeddings are still backfilling.
Imported from OpenAlex (CC0) — nothing here is generated.