No open-access location is known for this record yet.
No open-access location is known for this record yet.
Ketidaklancaran kemahiran membaca dan kelemahan penguasaan kemahiran menulis dilihat sebagai punca kemerosotan pencapaian akademik belakangan ini di sekolah rendah. Kajian dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan membaca dan menulis dalam bahasa Melayu murid di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK). Seramai 414 orang sampel kajian dari 5 buah sekolah SJK telah dipilih. Dua instrumen yang diguna pakai untuk mendapatkan data iaitu Ujian Profesiensi UPBM_SR dan Tahap Skor UPBM_SR. Data diproses menggunakan IBMSPSS Versi 23 dengan reka bentuk tinjauan keratan rentas. Dapatan kajian menunjukkan terdapat sebanyak 65.2% responden tidak menguasai kemahiran menulis dan 39.6% tidak lancar membaca dalam bahasa Melayu. Pemahaman input kemahiran membaca dan menulis dilihat satu-satunya mekanisme yang dapat meningkatkan profesiensi linguistik asas. Peranan semua pihak perlu digembleng untuk melahirkan generasi yang kompeten menggunakan bahasa kebangsaan di Malaysia.
Loading…
Stored only when both papers are in the corpus — 23 citations exist upstream.
Papers that cite the same references — the relational fallback while embeddings are still backfilling.
Imported from OpenAlex (CC0) — nothing here is generated.